Belum Sempat Belikan Anak Baju Raya – Zamarul

Tinggal beberapa hari saja lagi hari raya Aidilfitri bakal menjelang. Tentunya ramai yang sudah membuat persiapan menyambut lembaran, bukan? Atau mungkin ada yang belum sempat berbuat demikian dan memilih untuk membuat persiapan di saat-saat akhir.

Aktor Zamarul Hisyam memberitahu, beliau pun belum membuat persiapan untuk menyambut hari raya kerana sibuk dengan penggambaran filem Blok 404 dan penggambaran drama bersiri Dia.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata ini, biasanya isterinya Diana Rafar yang akan membuat persiapan dan menyediakan semua keperluan untuk menyambut Syawal.

Sementara itu, namun tahun ini agak berbeza kerana Diana kini sedang sarat hamil anak ketiga. Isternya itu dijangka bersalin pada penghujung bulan lapan.

“Saya belum sempat buat apa-apa persiapan lagi sebab sibuk dengan penggambaran. Sebenarnya saya tengah dalam penggambaran drama Dia dan saya cuti beberapa hari, jadi dapat lah saya menjalani penggambaran filem Blok 404. Drama Dia pula akan selesai penggambaran selepas hari raya nanti.

“Diana pula tengah sarat mengandung. Kehamilan kali ini dia teruk sikit dan tak larat nak buat apa-apa. Selalunya dia lah yang akan buat persiapan untuk kami sekeluarga.

“Kalau tanya tentang berbelanja, saya lebihkan pada anak-anak. Kalau untuk saya, kadang-kadang baju yang pernah dipakai ketika shooting kalau masih elok, saya akan ulang pakai.

“Tapi baju anak-anak pun saya belum sempat beli lagi ni. Saya katakan pada dua anak lelaki saya, nanti bila saya ada cuti saya akan bawa mereka beli baju raya,” beritahunya ketika ditemui di set penggambaran Blok 404, baru-baru ini, lapor MD.

Sehubungan itu, tahun ini Zamarul sekeluarga akan beraya di kediaman ibu bapanya di Bangi. Kemudian pada sebelah tengahari mereka akan beraya pula di rumah ibu bapa Diana, di Shah Alam.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai penglibatannya dalam Blok 404, kata pelakon berusia 46 tahun ini berkata, dia berasa di hargai apabila mendapat tawaran daripada Boy Iman selaku penerbit apabila menunjukkan kesungguhan untuk menghasilkan filem tersebut.

“Pada awalnya saya berasa saya tidak mampu untuk berlakon dalam filem ini. Maklum sajalah di usia sebegini rasa cepat letih tambahan ia melibatkan babak berlawan dan penggambarannya pula di waktu malam. Tapi saya berasa dihargai apabila Boy yang bersungguh-sungguh hendak buat filem ini. Katanya, kami para pelakon Blok 404 perlu buat reunion.

“Lagi menarik, watak saya kali ini lebih mencabar kerana saya bertukar pelbagai karakter dalam satu masa. Pada saya, sukar untuk membawakan 2,3 karakter dalam satu masa tetapi disebabkan kami para pelakon sudah tahun coraknya cuma karakter saja yang baru.

Seperkara yang saya membuatkan saya sukar untuk tolak kerana saya dapat tahu pengarahnya Isma. Pada saya dia seorang pengarah muda yang penuh dengan idea-idea baru dan menarik. Saya seronok dapat bekerjasama dengan dia untuk filem ini,” katanya yang memengang watak sebagai Hussein.

Blok 404 pernah ditayangkan dalam bentu VCD pada tahun 2001 dan mencetuskan fenomena ketika itu. Namun kali ini menerusi garapan pengarah Isma Aizal Yusof, jalan ceritanya filem tersebut berbeza tetapi beberapa watak asalnya dikekalkan termasuk Nabila Huda, Boy Iman dan Raja Asri. Sementara barisan pelakon lain yang turut terlibat seperti Risteena Munim, Nadia Brian, Amar Asyraf dan ramai lagi.

Dalam pada itu, tambah Zamarul, dia mendapat banyak respon positif daripada peminat juga rakan-rakan artis apabila mengetahui pembikinan filem ini.

“Saya saja cuba muat naik di media sosial mengenai filem ini, tidak sangka pula ramai yang memberi respon mereka sudah tidak sabar lagi untuk menantikan tayangannya. Beerti sudah ada dua generasi penonton sekarang, penonton yang pernah menonton Blok 404 yang dulu dan generasi sekarang.

“Filem ini memnag akan memberikan kelainan dan saya rasa sejak beberapa tahun ini, belum ada lagi cerita sebegini dihasilkan. Saya berharap ianya akan mendapat sambutan apabila ditayangkan kelak,” katanya.

Blok 404 dijangka akan ditayangkan di pawagam sekitar Disember 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.