APM Terengganu Bantu Sedia Petrol Di LPT2

KUALA NERUS — Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu akan menyediakan bekalan petrol untuk dijual dalam kuantiti kecil kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang kehabisan minyak sepanjang sambutan Aidilfitri ini.

Pengarahnya Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata inisiatif tersebut yang dilaksanakan bermula tahun lepas menyasarkan terutamanya penunggang motosikal.

“Menerusi Ops Bantu ini kita turut membantu pengguna jalan raya yang menghadapi kesulitan lain seperti masalah teknikal dan tayar bocor,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan secara serentak Ops Bantu, Ops LPT2 dan Ops Selamat jabatan itu, di sini.

Beliau berkata bagi memastikan bantuan petrol itu lebih berkesan, pihaknya memperuntukkan RM100 untuk setiap daerah berbanding RM300 untuk semua lapan daerah di negeri ini tahun lalu.

Mengenai tiga operasi itu, Che Adam berkata pihaknya menggerakkan 200 pegawai dan petugas selain turut menempatkan pasukan di kawasan Rehat dan Rawat Perasing, Kemaman dan susur keluar Plaza Tol Ajil, Hulu Terengganu. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.