9.8 Billion Penduduk Dunia Menjelang 2050

PBB – Jumlah penduduk dunia dijangka mencecah 9.8 billion pada tahun 2050 berbanding 7.6 billion pada ketika ini.

Penduduk India dijangka akan melebihi China dalam tempoh 7 tahun menurut laporan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam (21 Jun).

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Ekonomi dan Ehwal Sosial PBB. Nigeria pula dijangka akan mengambil alih kedudukan Amerika Syarikat sebagai negara ketiga dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia menjelang 2050

 

“Dengan penambahan sekitar 83 juta orang di dunia setiap tahun, trend jumlah penduduk yang semakin meningkat dijangka berterusan, meskipun tahap kesuburan terus merosot,” menurut laporan tersebut.

Menurut laporan itu lagi, jumlah penduduk dunia akan mencecah 8.6 bilion pada tahun 2030, 9.8 bilion pada 2050 dan 11.2 bilion pada tahun 2100.

Dalam pada itu,  penduduk di Nigeria adalah yang paling pantas meningkat dan rakyat di 26 negara Afrika itu berkemungkinan besar “bertambah sekurang-kurangnya seganda” menjelang 2050, menurut laporan tersebut.

Manakala bagi penduduk yang berusia 60 tahun ke atas akan melebihi seganda menjelang 2050 dan menjangkaui dua kali ganda menjelang 2100.

Peningkatan dari 962 juta pada tahun 2017 kepada 2.1 bilion pada 2050 dan 3.1 bilion pada 2100 bagi penduduk yang semakin menua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.