Video: Rempeyek Rangup Kerana Campuran Plastik

KUALA LUMPUR – Awas jika membeli rempeyek kerana baru-baru ini pendedahan beberapa video di media sosial yang disebarkan pengguna internet menunjukkan jika rempeyek ranggup itu dibakar, ia cair seperti lilin.

 

Kaedah ini telah lama dikesan oleh pengguna berdasarkan tarikh beberapa video itu dirakam dan dimuat naik di laman sosial.

 

Di negara jiran, Indonesia beberapa video bukan sahaja rempeyek tetapi termasuk ayam, tempe dan keropok juga dibakar menunjukkan kesan yang sama.

 

 

Rempeyek yang dibakar meleleh seperti kesan plastik apabila dibakar dan berbau.

 

Video yang dimuat naik itu menunjukkan rempeyek campuran plastik ini adalah dari Indonesia.

 

Untuk mengekalkan kerangupan, nampak cantik, dan tahan sebenarnya makanan goreng itu dipercayai terdapat campuran plastik sama ada plastik dari minyak masak atau kandungan plastik lain yang dicampur dengan minyak panas sebelum mengoreng. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.