Tragedi Undur MPV Ragut Nyawa Bayi

NILAI – Bayi perempuan berusia setahun maut dilanggar ibunya yang mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) di rumahnya di Kampung Tebing Tinggi, Labu di sini, petang semalam.

 

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa Nur Aminah Zaimin Jasmin dikatakan keluar rumah mengekori ibunya tanpa disedari wanita terbabit yang mengundurkan Toyota Unser untuk mengeluarkan motosikal.

 

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan Asisten Superintendan Zainuddin Ahmad berkata, ibu mangsa mengundurkan kenderaan dan terlanggar mangsa yang berada di belakang kenderaan menyebabkan mangsa parah di kepala.

 

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Jenazah Nur Aminah disembahyangkan dan dikebumikan malam tadi. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.