Orang Ramai Ambil Minuman Kesihatan Bertaburan Di LPT2

HULU TERENGGANU – Pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk mengutip minuman kesihatan yang bertaburan di atas jalan selepas lori membawanya terbalik dalam kemalangan di Kilometer 385.1 laluan Ajil-Bukit Besi, dekat Kuala Berang, pagi semalam.

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohammad Azmi Awang Lah, berkata nahas itu berlaku apabila tayar belakang lori itu pecah lalu ia terbabas dan terbalik.

 

“Lori berkenaan dipandu lelaki berusia 54 tahun dari Kampung Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang dan difahamkan, datang dari arah Temerloh menghala ke Gong Badak, Kuala Terengganu.

 

“Setiba di tempat kejadian hampir jam 7 pagi, tayar belakang sebelah kiri kenderaan itu pecah tayar menyebabkan ia terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri dan kemudian terbalik di atas jalan,” katanya.

 

Bagaimanapun, katanya, pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dah polis diarahkan bergegas ke lokasi untuk mengawal keselamatan serta menghalang orang ramai daripada terus membahayakan keselamatan mereka. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.