Nak Perintah Negara? Tiga Parti Pun Berpecah – KJ

KUALA LUMPUR – ‎ Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar ‎secara sinis berkata, pembangkang tidak mampu mentadbir negara jika dilihat dalam krisis yang melanda PR hari ini.

 

Katanya, berbanding gabungan parti dalam BN, ia kekal utuh namun PR hanya kecil gabungannya, namun tidak kekal lama.

 

“Tiga parti tidak boleh tahan lama dibandingkan dengan 13 parti dalam BN yang terdiri daripada pelbagai bahasa, kaum, agama.

 

“…tetapi kita dapat menjaga BN jauh lebih baik berbanding PR yang ada tiga parti tapi tidak tahan lama,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di PWTC, hari ini.

 

Katanya lagi, dengan pecahan yang melanda PR seharusnya menilai BN walaupun parti itu mempunyai masalah dalaman namun tidak sampai tahap perpecahan berlaku.

 

“Bagaimana hendak mentadbir negara? Kalau baru tiga parti sudah berpecah,” katanya.

 

Mengulas lanjut mengenai perpecahan dalam PR katanya, DAP, Pas dan PKR seharusnya menyatakan pendirian mereka dan tidak bersembunyi di sebalik kedudukan masing-masing.

 

“Adakah (antara mereka) nak bekerjasama dengan PKR, DAP dan Pas. Keadaan yang wujud sekarang ini adalah menunjukkan tidak wujud lagi pakatan rakyat,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.