Kasih Si Ibu Kucing Yang Menyentuh Hati

KUALA LUMPUR  – Tersentuh! Itulah respon yang diperoleh daripada ratusan komen di Facebook.

 

Tidak hanya manusia, namun haiwan juga mempunyai naluri keibuan.

 

Seekor kucing yang berlumuran darah sedang menyusukan anak terpampang melalui foto yang tersebar di laman Facebook baru-baru ini.

 

Gambar berkenaan pada awalnya dikongsi oleh page ‘A Fortress Of Fur’ di Facebook mendapat perhatian ramai pengguna sosial apabila nilai kasih sayang digambarkan melalui foto itu.

 

Lebih menyedihkan, foto berkenaan memaparkan keadaan kucing itu dipercayai baru sahaja dilanggar oleh kereta namun cekal kembali ke pangkuan anak-anaknya untuk menyusu walaupun dalam keadaan sakit.

 

“Seorang peminat berkongsi gambar ini. Kucing ini telah dilanggar oleh kereta. Tetapi ibu yang cedera kembali kepada anak-anaknya untuk memberi mereka makan, walaupun dia dalam kesakitan..

 

“Tidak ada yang lain selain seorang ibu,” tulis kapsyen kepada gambar berkenaan.

 

Gambar berkenaan dikongsi oleh hampir 800 pengguna serta mendapat lebih 1,600 likes.

 

Bagaimanapun beberapa hari kemudian, sebuah akaun @HaiwanJalanan di laman Twitter mengkhabarkan berita gembira buat peminat kucing.

 

Ibu Kucing Yg Tabah

 

Melalui capaian foto berkenaan di akaun itu, kucing berkenaan dilaporkan sedang dirawat dan hampir pulih daripada kecederaan.

 

“Jangan bimbang semua, kucing itu selamat, patah tulang dan sebelah mata luka teruk,” tulis @HaiwanJalanan.

 

“Alhamdulillah….menitis air mata,” tulis Tunku Aj Nasution.

 

“Alhamdulillah kucing ibu itu sedang dirawat. Itulah apa yang paling penting; anak kucing yang masih mempunyai ibu mereka,” tulis Natasha Iman. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.