Jurunikah Perjelas Isu Perkahwinan Ala Kristian

PETALING JAYA – Jurunikah yang bertanggungjawab mengahwinkan pasangan Megat Saharizal bin Zulkifli dan Nur Hidayat binti Shafie menjelaskan upacara yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

 

Dalam jawapannya terhadap rakaman video yang mencetuskan kontroversi perkahwinan pasangan berkenan, Muhamed Edwars menjelaskan ia dilakukan bagi menggabungkan pernikahan Islam dan Sivil bagi menjadikan ia sah di Australia.

 

Dia yang dilantik sebagai jurunikah oleh pihak berkuasa tempatan Victoria, menjelaskan lafaz berkenaan tiada kaitan dengan Kristian ataupun Syiah.

 

“Vow Exchange ini tidak ada hubungan dengan agama Kristen atau Syiah (na’uzubillah) dan tidak menyalahi aturan syariat Islam, purely cultural,” katanya yang dimuat naik di laman sosial.

 

Sebelum ini video yang berdurasi 1 minit 18 saat menimbulkan perbahasan dan rasa kurang senang kerana lafaz akad nikahnya dikatakan menyerupai ikrar perkahwinan pasangan Kristian.

 

“I, Megat Saharizal bin Zulkifli take you Nur Hidayat binti Shafie to be my wife to have and to hold in sickness and health for richer or for poorer and I promise my love to you forevermore,” antara lafaz yang diucapkan pasangan berkenaan.

 

Susulan penularan video berkenaan di laman sosial seorang wanita yang mendakwa sebagai kakak pasangan pengantin menempelak pihak yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman berkenaan.

 

“Salam Ramadhan buat admin.untuk makluman, video yg tersebut selepas akad nikah. Itu adalah upacara batal air sembahyang setelah selesai akad nikah.Sy sebagai kakak kepada pengantin perempuan ingin menasihatkan supaya pihak tuan remove video tersebut kerana mengundang komen yg negatif dr org lain.video tersebut separuh & memang mgundang negative comment.PM dulu empunya diri sblm share video tersebut beserta caption yg panas macamtu,” tulis Emiliya Nu’mans. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.