Aktor Fast & Furious, Tyrese Gibson Nafi Peluk Agama Islam

PELAKON, Tyrese Gibson hari ini menafikan beliau telah memeluk Islam selepas tersebarnya khabar angin tersebut sejak awal Ramadan tahun ini.

 

“Dengan hormat saya menjelaskan (bahawa) saya bukan seorang Muslim, saya seorang Kristian sejak dilahirkan.

 

“Saya menghormati semua agama dan ada ramai kawan Muslim yang sangat baik. Saya sudah mendalami budaya dan saya hormati budaya,” kata Gibson hari ini dalam sebuah perkongsian di laman sosial Facebook.

 

Beberapa hari lepas, foto ucapan selamat berpuasa dan sebuah lagi foto yang menunjukkan beliau memakai serban dan jubah telah memberi bayangan kepada orang ramai bahawa beliau juga menyambut Ramadan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.