13 Lanun Terlibat Rampas Kapal MT Orkim Harmony – APMM

PUTRAJAYA – Maklumat perisikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapati terdapat 13 perompak yang terbabit dalam kes rompakan kapal MT Orkim Harmony.

 

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, berkata lapan orang daripada suspek yang ditahan sebelum ini menaiki kapal berkenaan manakala lima lagi beredar bersama bot tunda yang digunakan untuk merapati kapal tangki itu.

 

“Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa mereka sudah menemui bot tunda terbabit di Batam, dua hari lalu yang dipercayai digunakan untuk merompak MT Orkim Harmony.

 

“Kita juga sudah memulakan proses permohonan ekstradisi untuk membawa semua lapan suspek yang kini ditahan pihak berkuasa Vietnam untuk menjalani proses siasatan di sini.

 

“Pihak berkuasa Vietnam juga memaklumkan semua suspek ini bukan calang-calang, mereka adalah profesional dalam rompakan laut,” katanya pada sidang media di sini sebentar tadi. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.