Anggota Bomba Maut Dirempuh Lori Tiga Tan

Johor Bahru – Seorang anggota bomba maut manakala rakannya cedera parah selepas dirempuh lori seberat tiga tan ketika membuka peralatan untuk memadam kebakaran.

Nahas berlaku di Batu 29, Pengkalan Raja.

Menurut laman twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohammad Taufiq Ali manakala rakannya, Suboh Abdullah.

Kedua-dua mereka bertugas di Balai Bomba Pekan Nenas.

Jenazah Taufik yang maut di tempat kejadian, kemudian dibawa ke Hospital Pontian untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya di Batu Pahat.

Ketua Polis Pontian, Ketua Supritendan Zahaliman Jaamin ketika dihubungi BERNAMA enggan mengulas lanjut kejadian dan memaklumkan sebarang maklumat mengenainya akan dibuat esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.