Saifuddin tak kena game, hanya beri laluan kepada Izzah lepas bincang dengan Anwar – Supol

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Parti PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak dipermainkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya beliau berhasrat memberi laluan kepada Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan kali ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Yahya Mat Sahri berkata, Saifuddin bertindak sedemikian selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau tidak kena ‘game’ (dipermainkan), sebaliknya membuat keputusan tidak bertanding Timbalan Presiden bagi memberikan laluan dan menghormati keputusan perbincangan bersama Presiden.

“Datuk Seri Saifuddin akan patuh dengan saranan Presiden, dia juga minta jentera berikan sokongan kepada Nurul Izzah,” lapor Utusan di Johor.

Yahya yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri turut memberitahu, beliau yakin pertembungan antara Nurul Izzah dan Datuk Seri Rafizi Ramli tidak akan mengakibatkan perpecahan dalam parti.

“Di peringkat parti, saya yakin anggota matang dan boleh bersikap rasional.

“Tidak akan berlaku perpecahan selepas pemilihan ini, kerana persaingan adalah perkara biasa. Jika ada persaingan sekalipun, biarlah ia berlangsung secara sihat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat