Jovian Mandagie saksi terbaharu kes PM9, akan disoal siasat SPRM di Indonesia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Jovian Mandagie menjadi saksi terbaharu yang akan disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya dimaklumkan Jovian kini berada di Indonesia dan sudah menetap di negara itu.

Beliau berkata, pihaknya akan ke Indonesia dalam tempoh seminggu dua ini bagi mengambil keterangan usahawan berkenaan.

“Kita tidak boleh memaksa beliau (Jovian) datang ke sini sebaliknya kita kena pergi jumpa beliau di sana (Indonesia) memandangkan beliau sudah menjadi warganegara negara itu.

“Saya sudah meminta Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainal Darus untuk mempercepatkan proses ambil keterangan itu,” lapor Utusan di Putrajaya pada Khamis.

Azam berkata, pihaknya menjangkakan siasatan terhadap Ismail Sabri akan selesai Jun ini.

Azam berkata, bekas Perdana Menteri itu telah membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu dan pihaknya sedang menganalisa sumber-sumber dan aset berkenaan.

Menurutnya, Ismail Sabri sebelum ini pernah berkhidmat dalam pelbagai sektor perniagaan dan ia menjadi pertimbangan kepada siasatan berkenaan.

“Sama ada beliau akan dipanggil semula (beri keterangan) atau tidak bergantung kepada analisa dan siasatan kami malah, ada juga kemungkinan tidak akan dipanggil lagi,” katanya.

Katanya, setakat ini, seramai 57 individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Ditanya sama ada Ismail Sabri akan dituduh selepas siasatan selesai, Azam berkata, pihaknya kini sedang menumpukan kepada segala keterangan dan siasatan dan jika terdapat elemen yang mencukupi untuk dituduh.

“Sekiranya terdapat elemen-elemen yang cukup untuk dituduh, kita akan cadangan pertuduhan terhadap beliau,” katanya.

Ismail Sabri disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat