Dasar Gaji Progresif: Syarikat untung pekerja juga rasai nikmatnya – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) adalah bersifat sukarela.

Tetapi katanya ia direka supaya majikan ada insentif untuk hargai usaha dan peningkatan pekerja supaya bila syarikat untung, pekerja pun merasai nikmatnya.

“Saya bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif untuk menyelaras pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) dan menambahbaik pelaksanaan projek rintis DGP yang telah bermula.

“Ramai yang tanya macam mana sebenarnya DGP ini berfungsi? Ringkasnya adalah kalau majikan naikkan gaji pekerja berdasarkan peningkatan kemahiran atau produktiviti, kerajaan akan memberi insentif tunai kepada majikan. Bukan naik gaji kosong-kosong.

“Majikan perlu buktikan kenaikan gaji itu datang dengan latihan, upskilling, atau pertambahan tanggungjawab kepada pekerja.

“DGP ini sukarela, tapi direka supaya majikan ada insentif untuk hargai usaha dan peningkatan pekerja supaya bila syarikat untung, pekerja pun merasai nikmatnya,” jelas Rafizi.

Menurut beliau lagi, langkah ini sebahagian daripada reformasi struktur ekonomi supaya pertumbuhan bukan hanya angka atas kertas, tapi betul-betul menaikkan pendapatan rakyat.

“Untuk memohon dan memahami lanjut tentang DGP, sila ke laman web https://gajiprogresif.gov.my/,” seru beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat