Trump Minta Pemimpin Islam Bersatu Tentang Keganasan

RIYADH – Presiden Donald Trump semalam, meminta pemimpin Arab dan Islam bersatu membanteras militan selain merayu supaya ‘mengusir’ pengganas ketika mengurangkan retorik kerasnya mengenai umat Islam.

Menurut Reuters, Trump merujuk Iran sebagai sumber utama kewangan dan sokongan kepada kumpulan militan. Kenyataannya selari dengan Arab Saudi dan menghantar mesej jelas kepada Tehran sehari selepas Hassan Rouhani menang penggal kedua sebagai presiden republikan Islam itu.

Trump tidak menggunakan perkataan kegemarannya ‘keganasan radikal Islam’ dalam ucapan, petunjuk beliau menerima nasihat menggunakan nada lebih lembut di rantau itu selepas menggunakan frasa itu berulang kali ketika berkempen tahun lalu.

“Keganasan sudah menular ke seluruh dunia. Namun laluan ke arah keamanan bermula di sini, di bumi suci ini.

“Masa depan lebih baik cuma akan menjadi kenyataan jika negara anda dapat mengusir pengganas dan militan. Usir mereka! Usir mereka keluar dari tempat beribadat, daripada komuniti, dari tanah suci dan halau mereka keluar dari dunia,” katanya kepada pemimpin kira-kira 50 negara majoriti Islam yang mewakili lebih satu bilion penduduk dunia, lapor BH.

Sehubungan itu, ucapan pertama Trump di luar negara sebagai presiden menyediakan kesempatan menunjukkan kekuatan dan penyelesaian, berbeza dengan kesukaran membendung skandal yang semakin memuncak di negaranya selepas memecat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey hampir dua minggu lalu.

Beliau menggambarkan konflik itu sebagai pertembungan antara baik dan jahat, bukan antara ketamadunan, dan menjelaskan dengan tegas Washington akan bergandingan dengan Asia Barat tetapi mahukan lebih tindakan sebagai balasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.