Tolak Ego Dalam Soal Pembahagian Kerusi

SHAH ALAM – Sifat ego dalam soal pembahagian kerusi bagi PRU perlu dihindari bagi memastikan kemenangan milik Pakatan Harapan.Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata, parti itu perlu bijak menyusun strategi.

“Suatu ketika dahulu sewaktu kita baru menubuhkan parti, Pas dan DAP memberikan kerusi untuk kita bertanding. Kerusi yang diberikan kepada kita berdasarkan kekuatan kita dan kita menang.

“Sebab itu untuk rakan baharu pembangkang, (Bersatu) kita (Pakatan Harapan) bincang dan beri kerusi mengikut kekuatan untuk kita menang banyak kerusi,” katanya dalam sesi penggulungan Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12, semalam.

Beliau turut menyarankan supaya kepimpinan dan ahli PKR bersedia menghadapi pertandingan pelbagai penjuru pada PRU14 nanti.

“Adakah kita bersedia untuk bertemu dengan banyak penjuru? Kita perlu pastikan kesemua kerusi dikekalkan dan menambah lagi kerusi,” katanya.

Katanya, bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon terbaik sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan pembangkang menang pada PRU14.

“Justeru untuk bebaskan Anwar dan jadikan beliau sebagai perdana menteri, pastikan Pakatan Harapan menang,” katanya.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.