Najib dan Delegasi Malaysia Menghadap Raja Salman

RIYADH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, di sini petang tadi.

Perdana Menteri dan delegasi Malaysia tiba di Istana Raja Salman pada jam 2.30 petang.

Mereka kemudian diraikan Raja Salman pada jamuan makan tengah hari.

Turut sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menyeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum; dan Duta Malaysia ke Arab Saudi , Datuk Zainol Rahim Zainuddin.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Putera Mahkota, Muhammad bin Salman dan Menteri Kabinet Arab Saudi.

Najib dalam rangka kerja tiga hari ke Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat di sini semalam.

Perdana Menteri dijadualkan berlepas pulang ke Malaysia malam ini. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.