2 Kem PLKN Untuk Pelarian Rohingya – Hishamuddin

Kuala Lumpur – Dua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dikenalpasti sebagai penempatan sementara pelarian etnik Rohingya.

 

Perkara ini disebut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin dalam responnya menjawab soalan daripada pengguna Twitter @syafikns, malam tadi,

 

Portal The Malay Mail turut memetik Hishammuddin sebagai berkata kem latihan itu akan digunakan sebagai penempatan sementara pelarian Rohingya, tetapi pada masa yang sama mereka turut mencari lokasi sesuai sebagai penempatan sementara.

 

Walaupun beliau tidak dapat memberi jumlah sebenar pelarian yang datang menggunakan bot ini ke Malaysia, negara ini akan tetap menghulurkan bantuan.

 

Katanya, Kementerian Pertahanan dengan pihak berkuasa yang berkenaan seperti Majlis Keselamatan Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan terus membantu.

 

Menempatkan pelarian ini di kem PLKN adalah satu pilihan, kata Hishammuddin yang dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris di mana beliau turut berkata, perbincangan dalaman diadakan untuk mencari penyelesaian jangka pendek dalam menangani jumlah pelarian yang bakal tiba di negara ini.

 

Walaupun lebih daripada seribu pelarian mendarat di Pulau Langkawi bulan ini, dikatakan jumlah mereka yang masih berada di laut masih ramai.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dua hari lalu, tentera Malaysia akan di hantar ke laut bagi membantu pelarian yang terkandas di luar perairan Malaysia.

 

“Saya telah mengarahkan Tentera Laut DiRaja Malaysia dan APMM untuk membantu Mercy Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya, sama ada melalui jalan darat atau laut.

 

“Ia adalah bantuan kemanusiaan dan kita akan pastikan mereka mendapat bekalan makanan dan air sementara yang sakit akan diberi bantuan perubatan dan barang,” kata Najib melalui posting Facebook.

 

Terdahulu terdapat laporan bahawa Malaysia dan Indonesia akan memberi perlindungan sementara kepada pelarian ini dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, bantuan akan diberi berrdasarkan perkara yang yang telah dipersetujui oleh komuniti antarabangsa bahawa mereka akan dibenarkan tinggal atau mereka dihantar pulang dalam masa satu tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.