Video : Pelantikan Tun Mahathir Beri Kekuatan Kepada Proton – PM

Tokyo – Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Proton boleh membantu mengukuhkan syarikat kereta nasional dan meningkatkan kedudukannya dalam industri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata dengan kepakaran dan pengetahuannya, Dr Mahathir boleh membantu Proton mengharungi cabaran yang dihadapi oleh syarikat itu.

“Saya percaya pelantikan Tun Dr Mahathir akan menambah kekuatan baru kepada Proton berdasarkan komitmen beliau yang kuat untuk memastikan kejayaan negara.

“Terdapat banyak cabaran pada masa hadapan, tetapi saya yakin beliau akan dapat meningkatkan daya saing Proton dalam industri. Saya yakin Proton akan mendapat manfaat daripada komitmen dan pengalaman Dr Mahathir,” katanya kepada media Malaysia selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 mengenai Masa Depan Asia bertema “Rising Asia – Messages for the Next 20 Years” yang diadakan di sini, Khamis.

Ditanya jika pelantikan itu akan memberikan kuasa lebih besar terhadap bekas Perdana Menteri itu untuk membuat keputusan mengenai masa depan kereta nasional, Najib berkata, keputusan perlu dibuat oleh Proton kerana ia adalah sebuah syarikat tersenarai awam.

Pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi Proton Holdings Bhd telah diumumkan pada Rabu.

Sebelum ini beliau adalah penasihat Proton, jawatan yang dipegang selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.

One thought on “Video : Pelantikan Tun Mahathir Beri Kekuatan Kepada Proton – PM

  • May 23, 2014 at 10:28 am
    Permalink

    Mohamad sungguh berbesar hati dengan perlantikan tun sebagai chairman ,pada Masa sama dapatlah tun melihat ilham visi ank muda tempatan dalam lotus proton kearah lebih teknologi.mnk.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.