Video : Lelaki Mati Ditembak Di Kepala

Sobradinho (Brazil) – Satu rakaman CCTV telah mengejutkan ramai pihak, apabila memaparkan seorang lelaki maut ditembak ketika ingin membeli roti bersama tunang dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Thiago Santos Souza, 26, dilaporkan ditembak di kepala pada jarak dekat di sebuah kedai roti di Brazil.

Rakaman tersebut menunjukkan mangsa sedang berjalan sambil mendukung anaknya sebelum ditembak oleh seorang lelaki yang bersenjatakan pistol.

Pembunuh upahan tersebut dilihat menghampiri kedai tersebut sambil menunggang basikal sebelum melepaskan tembakkan tepat ke kepala mangsa.

Sejurus rebah ke lantai, suspek dilihat melepaskan dua das tembakan lagi bagi memastikan mangsa benar-benar mati.

Polis kemudiannya telah menahan seorang remaja berusia 17 tahun bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.