Tidak Peduli Melayu Mengamuk YB DAP Tetap Dengan Umno Celaka

P.PINANG, 22 MEI : Tindakan Adun Seri Delima RSN Rayer yang menggelar UMNO sebagai celaka sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin UMNO dan juga NGO pro-Melayu dilihat masih berkeras dengan pendiriannya itu.

Adun itu dalam satu sidang media semalam mendedahkan bahawa apa yang dicakapnya itu tidak salah dan ianya dilakukan di dalam sidang DUN dan apa yang ditujunya itu hanya sebagai satu signifikan terhadap pemimpin dalam parti UMNO.

Dalam kenyataannya kepada media, beliau turut berkata bahawa beliau sebagai Adun mempunyai hak untuk berkata sebegitu kerana kebebasan bersuara di dalam sidang DUN membenarkannya. Dalam hal ini beliau tidak berniat untuk memohon maaf ataupun menarik balik kenyataan itu.

“Setiap Adun mempunyai kebebasan untuk berucap dalam persidangan DUN (dewan undangan negeri), jadi dalam hal ini saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan saya tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan UMNO celaka itu,” ujar beliau.

Tindakan beliau yang enggan meminta maaf ini dilihat sebagai satu retorik untuk meraih pujian dari pemimpin tertinggi DAP tetapi keadaan sebenar pula sebaliknya ketika keadaan kecoh yang tercetus di sidang DUN semalam.

Dalam kekocohan semalam, YB Rayers dilihat terpaksa menghilangkan diri selepas beberapa pemimpin UMNO dan NGO berkeras mahu bersemuka dengannya untuk menuntuk penjelasan diatas penghinaan yang diucap beliau.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin NGO yang terlibat ketika ditemubual jelas kecewa dengan tindakan Adun tersebut yang bertindak seperti pengecut apabila tidak berani bersemuka atau menghantar wakil untuk berjumpa mereka.-UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.