Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor Siap Disember Ini

BENTONG 22 Mei – Pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) yang bernilai RM3.9 bilion akan siap sepenuhnya Disember ini.

Berdasarkan kenyataan yang diedarkan kepada pemberita semasa lawatan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili ke tapak projek itu hari ini, projek tersebut yang kini 96 peratus siap mampu membekal air mentah sebanyak 1.89 bilion liter sehari untuk kegunaan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.