Pemuda Umno Tidak Wajar Rempuh Sidang Dun, Kata Khairy

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyokong tindakan pemuda Melayu mengadakan bantahan bagi menuntut permohonan maaf Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer yang melabelkan UMNO sebagai celaka dalam persidangan DUN, semalam.

Bagaiamanapun, beliau kesal dengan tindakan ahli sayap UMNO itu merempuh masuk ke dalam bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, semalam.

“Saya dah beritahu mereka supaya tidak merempuh masuk dewan… cubaan memasuki dewan adalah salah. Mereka sepatutnya melakukan bantahan di luar.

“Saya dah bercakap dengan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Jasmin Noordin tadi dan saya sudah minta laporan daripada beliau berhubung perkara itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Program Turun Padang di Pasar Malam Menara Jam Condong, di sini, malam tadi lapor Berita Harian

One thought on “Pemuda Umno Tidak Wajar Rempuh Sidang Dun, Kata Khairy

  • May 22, 2014 at 11:01 pm
    Permalink

    ketua pemuda umno yang telur kecut sebelah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.