Pemandu MPV Maut Rempuh Bas Ekspres

Ipoh – Seorang pemandu maut apabila kenderaan serba guna (MPV) yang dinaiki merempuh sebuah bas ekspres dari arah bertentangan selepas terbabas di Kilometer 371.1 Lebuhraya Utara-Selatan pada Rabu.

Jailani Din, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta anggota badan.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintenden Othman Nayan berkata dalan insiden jam 10 pagi itu, Nissan X-Trail yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari utara ke selatan tanah air, terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Berikutan itu, MPV terbabit melambung dan berpusing ke laluan bertentangan lalu merempuh bas ekspres Star Mart. Kesan pelanggaran mengakibatkan pemandu MPV tersepit,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bagaimanapun, beliau berkata pemandu bas ekspres dan sembilan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.