Kerana Undi, Dyana Sofya Redah Pasar Babi

Nampaknya calon parti DAP Dyana Sofya Mohd Daud dilihat semakin melangkah ‘jauh’ dalam kempennya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Satu gambar dari blog Nalurirakyat.blogspot.com memaparkan gambar Dyana melawat sebuah pasar yang menjual daging babi di kawasan Parlimen berkenaan.

Sudah pastinya ia sebagai salah satu cara kempen DAP yang menjadi parti yang menaungi perjuangan politik Dyana untuk meraih undi sebanyak mungkin di Teluk Intan termasuk dari bangsa cina.

Dikatakan beliau yang merupakan Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang turut masuk ke dalam pasar berkenaan bagi mendekati pengundi.

Tindakan beliau dikecam blog pro Barisan Nasional (BN) yang menyifatkan tindakannya sebagai membelakangkan hukum dalam Islam yang meletakkan babi sebagai haram.

Bukanlah jadi satu dosa untuk memasuki pasar yang menjual daging haiwan itu cuma ia bakal mencalarkan sensitiviti umat Islam dan ia akan disifatkan sebagai tidak menghormati agama tambahan pula Dyana adalah seorang Islam.

Adakah beliau membersihkan diri dengan bersamak selepas melawat pasar itu tidak pula diketahui.

Daripada gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan kaki babi tergantung untuk dijual kepada pelanggan di dalam pasar berkenaan.

Setahu penulis, kempen oleh calon Umno dalam Barisan Nasional (BN) tidak pula pernah memperlihatkan tindakan mereka masuk ke pasar menjual babi.

Demi kerusi di dalam Dewan Rakyat yang terletak di bangunan Parlimen, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup membelakangkan sensiviti umat sesama agama sendiri.

One thought on “Kerana Undi, Dyana Sofya Redah Pasar Babi

  • May 22, 2014 at 10:48 am
    Permalink

    Sesaorang yang telah bergelumang dengan BABI tidak akan merasa sesuatu yg jijik apabila berhampiran dengan babi tonyok.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.