Jimmy Shanley Tak Gembira Jumpa Anak?

Pengasas produk kencantikan terkenal, Muniroh Kassim memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini, bekas menantunya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 34, tidak menunjukkan reaksi gembira untuk bertemu dengan cucunya, Zahra Rania Shanley, 2.

Menurutnya, sewaktu dia menghantar Zahra Rania ke rumahnya, bekas menantunya itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap kehadiran anak kecil itu.

“Sewaktu cucu saya diwadkan di hospital kerana tidak sihat, dia cuma datang melawat lima minit sahaja,” katanya.

Ibu kepada Nur Suhaila Eliani Suhaimy, 25 itu berkata, dia tidak menghalang Jimmy untuk datang melawat dan mengambil anak itu keluar pada bila- bila masa kecuali bermalam.

“Datanglah pada bila- bila masa dia mahukan di siang hari kerana rumah tinggal kami tidak berjauhan antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, waktu kerja Jimmy yang bermula seawal jam 6 pagi menyebabkan bekas menantunya itu tidak sesuai bermalam dengan Zahra Rania.

“Jika Zahra Rania bermalam di rumahnya, siapa akan menjaganya sewaktu bapanya keluar bekerja kerana Zahra Rania bangun tidur sekitar jam 8 pagi.

“Lagipun Jimmy hanya tinggal seorang diri di rumah,” katanya.

Muniroh turut mendakwa Jimmy tidak pernah datang ke rumahnya untuk mengambil anak kecil itu.

“Usahkan datang, telefon dan bertanya khabar pun tidak. Apa pun tidak,” katanya dalam prosiding perbicaraan kes perintah pemenjaraan ke atas Nur Suhaila Eliani.

Nur Suhaila Elaini didakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah membabitkan hak lawatan dan bermalam Jimmy dengan anak perempuannya.

Permohonan itu difailkan Jimmy pada 7 Mei 2013.

Nur Suhaila Eliani hadir peguam Syarie, Saadiah Din manakala Jimmy Shanley ditemani peguamnya, Mohd Noor Aizan Md Idrus.

Prosiding dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Mat ditangguhkan sehingga 6 September depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.