Fizz Fairuz ‘Berbra’ Pink, Izzue Islam Bertudung

Showbiz Productions memang terkenal dengan filem-filem Bahasa Melayu berjiwa rakyat. Selepas filemm ‘Hantu Kapcai’, ‘Kahwin 5’, ‘Chikaro’, ‘Hantu Tok Mudim’ dan creature feature ‘Ular’, kini sebagai pembuka tirai tahun 2014 Showbiz bakal mengeluarkan filem komedi berjudul ‘Mat Tudung’.

Filem arahan pengarah muda, Waan Hafiz (yang sebelum ini mengarah filem ‘Hantu Tok Mudim’) menggandingkan Fizz Fairuz, Nelydia Senrose dan Izzue Islam sebagai pelakon utama.

‘Mat Tudung’ mengisahkan seorang kasanova bernama Johari (seorang bekas ‘Mat Rempit’) yang telah jatuh cinta pandang pertama pada Zizie. Zizie bukanlah seperti gadis biasa yang mudah untuk di dampinginya tapi seorang gadis berhijab yang terkenal dengan sifatnya yang dingin terhadap lelaki.

Izzue Islam Bertudung

 

 

 

 

 

 

Johari terpaksa mencari apa saja helah untuk mendekati Zizie. Cara yang difikirkannya paling berkesan ialah dengan menyamar sebagai gadis bertudung iaitu Johanna sebagai ‘adik perempuan’ kepada Johari.

Menggunakan pengaruh Johanna, Zizie mula terbuka untuk mengenali Johari dan pada masa yang sama Johari juga berjaya menyelami hati Zizie melalui keintiman Johanna dan Zizie. Tapi siapa sangka, Johari atau Johanna turut digilai seluruh ahli keluarga Zizie yang gila-gila termasuk bapa Zizie yang sukakan Johanna yang kelihatan ayu dengan tudungnya. Sebagai dirinya sebenar Johari, dia turut menarik perhatian ibu Zizie yang kesepian dan abang Zizie yang ‘keliru’.

Mampukah Johari menepis semua godaan ini dan dapatkan Zizie? Saksikan semuanya dalam ‘Mat Tudung’ yang pastinya membuat anda pecah perut di pawagam pada 28hb Julai 2014.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.