DUN Pulau Pinang Kembali Tegang

Suasana di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tegang seketika apabila seorang lelaki mendakwa beliau dikasari oleh sekumpulan pemuda UMNO.dunpp (1)

Lelaki dipercayai pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) negeri itu berkata ketika kejadian berlaku beliau sedang menuju ke gerai makanan di hadapan Lebuh Light untuk minum.

Ketika melalui kumpulan tersebut, lelaki tersebut mendakwa kasutnya dipijak dan topi kaledarnya dirampas oleh kumpulan itu.

Lebih 20 anggota Pasukan Tindakan Ringan (LSF) yang sudah berkawal sejak jam 8.30 pagi tadi bertindak pantas meredakan keadaan.

Polis segera bertindak membawa pemuda SAMM itu beredar daripada kawasan tersebut.

Tidak puas hati diperlakukan sedemikian, lelaki berkenaan menjerit ke arah kumpulan Pemuda UMNO: “Hangpa (kamu) kena ingat hangpa pembangkang dekat sini,” jerit beliau.

Beberapa pemimpin pembangkang diketuai Datuk Jahara Hamid kemudian menemui kumpulan tersebut untuk menenangkan keadaan.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Arman Azha Abu Hanifah yang turut berada ditempat kejadian mendakwa lelaki itu yang memulakan provokasi terlebih dahulu.

“Dia datang ke arah kami, dia salam dengan ketua bahagian.

“Lepas itu dia angkat helmet tunjuk sticker (pelekat) ‘Asal Bukan UMNO’. Itu yang jadi kecoh,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!