Diplomasi Panda: RM 25 Juta vs RM 258 bilion

Di sebalik ketibaan dua ekor pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, atas dasar setiakawan serta pinjaman, Pakatan telah mengambil kesempatan memburukkan tindakan kerajaan ini sebagai membazir tanpa mengambil kira kepentingan perdagangan negara dan hubungan diplomatik dengan negara China.

Panda adalah simbol kepada negara China, jika ia dijadikan isu politik sempit tanpa sebarang pertimbangan dan justifikasi hubungan antara dua negara dan ekonomi antarabangsa, tidak musthil apa yang dianggap satu permulaan yang baik antara dua negara selepas kehilangan MH370 akan kembali suram. Tidak semua perkara wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan hubungan antara Malaysia dan China kelihatan sedikit suram beberapa bulan kebelakangan ini.

Malangnya, politik menanam kebencian dan menghasut rakyat ini tidak mengenali sempadan dan keutamaan negara. Misalnya, lidah rasmi parti Pas, harakahdaily.net menyatakan:

panda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi kehadiran dua ekor Fuwa dan Fengyi ini secara disedari atau tidak oleh seluruh rakyat Malaysia, keduanya jelas akan membaham duit rakyat sebanyak puluhan juta ringgit. Manakan tidak, dalam laporan dinyatakan bahawa rumah bagi pasangan panda ini sahaja menelan RM25 juta dan di atas tanah seluas 1.6 hektar (empat ekar)! Di mana dengan keluasan ini, kita boleh membina 40 buah bagi rumah semi-D atau sebanyak 60 buah rumah kos rendah!

Itu belum lagi dikira kos perjanjian yang menelan RM3 juta setahun selama 10 tahun yang mesti dibayar oleh Zoo Negara kepada China seperti mana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012. Tambahan kos lain ialah kos penjagaan yang dijangka menelan belanja kira-kira 1.5 juta setahun.

Pandangan ini mungkin betul jika dilihat dari segi kos memelihara beruang panda ini sahaja. Namun memerintah negara bukan sekadar “melalak” di atas pentas ceramah, dada akhbar atau ruang siber.

Mentadbir negara, memakmurkan ekonomi memerlukan seni diplomasi antarabangsa yang tidak mungkin boleh difahami oleh penulis-penulis yang jumud dan beku akal mereka dan bersarang di dalam Pakatan hanya untuk menghasut rakyat.

Berikut kami paparkan pandangan dua aktivis media sosial memperkatakan isu ini dalam konteks yang berbeza tapi sama maksudnya.

 

Pandangan Pertama:

Oleh : Norizan Shariff

1. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner) Malaysia, dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun, untuk selama lima tahun berturut-turut.

2. Sekadar perbandingan, nilai dagangan Malaysia – Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun, walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun.

3. Bagaimanapun, pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut, kata Mustapa lagi.

4. Kata beliau lagi, terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini.

5. Hujung Mei ini, genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia – China. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut.

6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara. Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik.

7. “Pinjaman” panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin. Kalau nak diikutkan, buat apalah nak berikan hantaran. Dalam Islam, itu bukan wajib. Membazir saja berikan hantaran!

8. Namun, adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga. Maka, itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia.

9. Kita berharap agar “pelaburan” negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China – sama seperti “pelaburan” kita ke atas hantaran perkahwinan – selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun.

10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa!

Nota Kaki:
“Panda Diplomacy” bermula sejak Dinasti Tang dimana Empress Wu Zetian (625-705) menghantar panda kepada Maharaja Jepun. Sehingga kini, China telah menghantar 23 panda kepada sembilan negara di dunia, termasuklah ke Amerika Syarikat pada tahun 1972 selepas Presiden Nixon melakukan lawatan bersejarah ke negara itu.

Pandangan Kedua:

mahadi mahbol

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : www.mykmu.net

3 thoughts on “Diplomasi Panda: RM 25 Juta vs RM 258 bilion

  • May 22, 2014 at 11:58 pm
    Permalink

    Apakah kita mempertaruhkan nasib pada nyawa panda ini?
    Nak bela panda demi persahabatan, tak salah tapi tak sesuai dengan masa dan kemampuan semasa. Almarhum sultan johor telah mewujudkan sebuah zoo di istana namun tidak ditentang kerana pemasaan yang sesuai. Langkah menerima panda pada masa sekarang adalah tindakan yang langsung tidak tepat. Dengan kenaikan tarif elektrik, pengenalan GST dan beberapa isu lain; sebaiknya pemindahan panda ini ditangguhkan sehingga keadaan reda dan tidak dilihat sebagai satu beban. Penangguhan tidaklah menjejaskan haiwan tersebut kerana habitat asalnya bukan di negara beriklim khatulistiwa. Masih ada banyak lagi masa. Anda terburu-buru, kini tanggunglah kesannya.

    Reply
  • May 23, 2014 at 12:28 am
    Permalink

    Susah bercakap dengan orang yg tak faham2 bahasa ni..sudah terang lagi nak bersuluh ke? Kerajaan bukan bodoh nak bela panda tetapi demi setiakawan, disanggupi juga..sembang macam bagus je siap cerita pasal johor tapi tak faham artikel kat atas tu…
    Kalau tak tau pasal ekonomi, lebih baik diam drpd bercakap gaya macam nak jadi hero..
    Hal panda ni dah lama, tunggu China nak hantar ke Malaysia jer, bukan baru2 ni punya cerita, baca lebih sikit lah, takyah nak tunjuk pandai..

    Reply
    • May 24, 2014 at 10:16 pm
      Permalink

      tak boleh tangguh ke? U sorang tau ekonomi ye? U baca betul2 ke apa saya tulis? U betul2 pandai baca? I tak cakap tak boleh, i bgtau yang pemasaan (timing) tak sesuai. U faham bahasa melayu tak?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.