Daren Ingat Dia Sudak Baguskah?

New Delhi: “Dia ingat dia sudah bagus.” Demikian pendedahan pertama kali Datuk Lee Chong Wei ketika diminta mengulas punca prestasi merudum pemain perseorangan ketiga negara Liew Daren pada saingan Piala Thomas kali ini.

Chong Wei mendedahkan, dia serta barisan kejurulatihan skuad negara sudah lama memerhatikan perubahan pemain berusia 27 tahun itu serta sering memberi nasihat kepadanya.

Menurut pemain nombor satu negara itu, selepas Daren memenangi gelaran pertamanya di Terbuka Perancis pada 2012, Daren mula berubah.

“Masa sesi latihan apabila jurulatih bagi nasihat, dia tak mahu ikut. Sudah mula seperti tidak mahu terima nasihat orang lain.

“Saya sendiri pernah marah dia. Saya beritahu kepadanya, masa dia masih berada di bawah, memang tiada tekanan tapi bila dia sudah menghampiri standard saya, tekanan pasti berbeza.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.