Budak 2 Tahun Curi Pandu Kereta Bapa

Seorang kanak-kanak Jerman yang berusia dua tahun yang mahu membawa kereta Mercedes milik bapanya untuk bersiar-siar menyebabkan kenderaan itu kemek.

Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Mirancan itu mencuri kunci kawalan jauh kenderaan berkenaan ketika bapanya sedang tidur pada pagi 11 Mei lalu, lapor New York Daily News.

Malah, dia turut membawa bangku bersamanya ketika memasuki lif pangsapuri kediamannya di Berlin agar dapat menekan butang lif untuk turun ke tempat letak kereta bangunan pangsapuri terbabit.

Dia kemudian ke kereta, membuka pintu kenderaan terbabit dan menghidupkan enjin yang dibiarkan pada gear satu.

Menurut laman web berita Jerman, The Local, saksi melihat kenderaan berwarna perak itu meluru dari tempat letak kereta sebelum merempuh tiang.

Apabila mereka meninjau siapa di tempat duduk pemandu, mereka terkejut melihat Mirancan sedang bertinggung di situ.

Dia kemudian melarikan diri tanpa sebarang kecederaan. Tiada sesiapa dilaporkan cedera dalam insiden itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.