BN Boleh Menang Sekiranya 9,120 Ahli Parti Keluar Mengundi

Teluk Intan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menegaskan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai harapan untuk menang sekiranya semua ahli parti komponen keluar untuk mengundi di dalam pilihanraya kecil Teluk Intan.

Beliau yang ditemui ketika melakukan lawatan ke pusat media malam tadi berkata parti telah mengenal pasti seramai 9,120 pengundi putih dan telah mengerakkan jentera di semua peringkat untuk mencari mereka.

“Seramai 9,120 pengundi putih yang berdaftar dengan parti komponen Umno, Gerakan, MCA, MIC, PPP dan IPF telah dikenal pasti tidak membuang undi pada pilihanraya yang lalu” katanya.

Menurutnya lagi, calon BN Datuk Mah Siew Keong pernah menang besar di kerusi parlimen Teluk Intan dengan majoriti hampir 10 ribu, namun tewas kepada calon DAP dalam pilihanraya ke-13 dengan majoriti 7 ribu.

Sekiranya BN mampu mengekalkan sokongan pengundi yang mengundi parti itu dalam pilihnaraya yang lalu ditambah dengan ahli parti yang tidak mengundi itu, beliau yakin kemenangan besar akan dapat dicapai.

“Sekiranya kesemua mereka ini dapat hadir dan mengundi calon BN, insyallah kita akan memperolehi kemenangan” katanya lagi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lepas. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah, 48, menewaskan Mah dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Penamaan calon bagi PRK Parlimen Teluk Intan ditetapkan pada 19 Mei ini dengan disusuli pengundian awal pada 27 Mei serta hari pengundian 31 Mei.

3 thoughts on “BN Boleh Menang Sekiranya 9,120 Ahli Parti Keluar Mengundi

  • May 22, 2014 at 4:27 pm
    Permalink

    kemenangan parti bergantung pada masaalah semasa yang dihadapi olih rakyat serta intergriti calon dan imej parti yang bertanding…soal sokongan berdasarkan kaum dan keahlian parti bukan lagi penentu untuk meraih undi…jika rakyat [pengundi] tidak setuju dengan calon dan parti yang bertanding mungkin sukar untuk mencapai kemenangan…pengundi atas pagar bolih memberi kejutan untuk memberi sokongan undi…melihat pada senario politik semasa simpati rakyat lebih memihak pada PR…BN yang masih lagi dibayangi olih ‘amalan korupsi’ di kalangan pemimpinnya akan menjejaskan kepercayaan rakyat [pengundi]…isu perkauman sogokan wang dan janji pembangunan bukan lagi menjadi modal untuk mendapat keuntungan undi…sokongan rakyat bergantung pada masaalah semasa yang menjadi ‘beban’ pada hidup mereka.

    Reply
    • May 22, 2014 at 8:56 pm
      Permalink

      Awan Putih komen saudara betul pada pengundi pengundi bangsa melayu tetapi hanya 3% betul bagi pengundi bukan kerana fakta PRU 13 yang lepas dan fakta lain membuktikan pengundi pengundi BUKAN MELAYU masa kini mengundi untuk melemahkan kekuasaan parti Melayu UMNO bagi mendapatkan lebih kuasa politik dan kelebihan itu ada pada gabungan PR yg dikepalai DSAI yg mahu menjadi PM dan bantuan PAS yg mahu berkuasa. Tawar menawar kuasa baru ini jika berlaku akan mengubah struktur kekuasaan politik di Malaysia yg telah diterajui oleh UMNO didlm BN.Gabungan PR jika memerintah akan tetap juga berlaku penyelewengan(korupsi) kerana bukan parti yang korup tetapi individu itulah yang bersifat korupsi bila sudah berkuasa.

      Reply
  • May 22, 2014 at 8:54 pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.