Mereka bukan kalah cuma undi tak cukup, nama besar tumpas bukan maksud tersingkir – Saifuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata nama besar pimpinan tidak semestinya menang pemilihan, memandangkan pembinaan parti bersifat dinamik.

Menteri Dalam Negeri itu berkata demikian ketika ditanya laporan yang mencadangkan pasukan yang dikatakan penyokong Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli hilang pengaruh, dalam pemilihan cabang, baru-baru ini.

“Mereka bukan tewas. Mereka undi tak cukup.

“Nama-nama besar, menteri, timbalan menteri atau pimpinan utama…mesti menang? Tak juga macam itu,” katanya di Putrajaya pada Selasa.

Saifuddin berkata, kalah bukan bermaksud terpinggir dan tersingkir.

“Selama kamu terus berkhidmat. Kamu terus setia dengan parti. Pimpinan tetap memberikan tempat kepada kamu,” lapor FMT.

Awal hari ini, Adun senior PKR menafikan cakap-cakap wujudnya kumpulan tertentu dalam pemilihan cabang, sambil menyatakan kekalahan beberapa pimpinan besar sebagai tanda rasa tidak puas hati, berbanding perebutan kuasa dalaman.

Namun, seorang lagi Ahli Parlimen senior PKR, berkata kebanyakan nama besar tumpas mempunyai hubung kait dengan platform ‘Ayuh Malaysia’ dikaitkan dengan Rafizi.

Sebilangan besar penyandang ketua cabang tewas kepada pemimpin kurang dikenali.

Naib presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan K Saraswathy, Ketua Pemuda PKR Adam Adli, dan beberapa Ahli Parlimen antara yang mengalami kekalahan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat