Gara-gara percaya AI, seorang lelaki disiasat kerana muat naik kandungan palsu mengenai kerajaan Pahang

- Advertisement -

CYBERJAYA, 22 April– Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan palsu berkaitan Negeri Pahang di platform Facebook miliknya pada 19 April lalu.

Kandungan tersebut dipercayai dijana melalui bantuan kecerdasan buatan (artificial intelligence-AI) dan susulan itu, pelbagai spekulasi dan persepsi negatif telah timbul dalam kalangan orang awam, berkaitan pekebun haram di daerah
Raub, Pahang.

Sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut telah dijalankan di IPD Ampang Jaya semalam (21 April).

Sebuah telefon bimbit serta satu kad SIM telah disita bagi tujuan analisis forensik.

Kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta 588 dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, atau penjara maksimum sehingga dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam kenyataan medianya, MCMC mengulangi komitmen tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan laman media sosial bagi tujuan penyebaran hantaran atau komentar palsu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat