Selepas bendera, maruah negara pun boleh ditolak ansur nanti – Dr Maza

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sesiapa yang gagal mempertahankan bendera negaranya, pasti akan gagal mempertahankan identiti dan jati diri negaranya.

Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan lagi, sesiapa yang bertolak ansur dengan penghinaan terhadap bendera negaranya, pasti akan bertolak ansur apabila teras negaranya dilanggar dan dirobek.

Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan, kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan muka hadapan di sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima.

Sultan Ibrahim bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Sultan Ibrahim bertitah, menegaskan bendera adalah lambang kedaulatan serta identiti sesebuah negara.

Mutakhir ini muncul beberapa kontroversi kegagalan pemaparan Jalur Gemilang dengan lengkap mengundang kemarahan umum.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat