Tempoh Pegangan Pajakan SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan 60 Tahun – PMO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini, yang akan tamat pada 6 Sept depan dilanjutkan untuk tempoh 60 tahun.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa, persetujuan itu dibuat setelah meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK Convent Bukit Nanas, kepada pendidikan negara sejak 1899.

“Kebenaran ini diberikan khusus untuk tujuan pendidikan sahaja. Semoga dengan keputusan ini, SMK Convent Bukit Nanas akan terus melakar kejayaan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, dalam melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Yasir Yahya, telah mengadakan pertemuan dengan Lady Superior of the Society of Saint Maur Sr Theresa Chua Siu Yan, yang mewakili Lembaga Pengelola SMK Convent Bukit Nanas dan kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan penyelesaian yang dibincangkan.

Sebelum ini, Lembaga Pengelola SMK Convent Bukit Nanas memohon kepada kerajaan untuk mempertimbang menyambung tempoh pegangan pajakan tanah tapak sekolah itu yang akan tamat pada 6 Sept. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat