Video: Umno Tandingi Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak

KUALA LUMPUR – Teka teki mengenai kerusi Parlimen Bandar Tun Razak hari ini terjawab apabila MCA memberi laluan kepada Umno.

MCA pula bakal bertanding di Parlimen Wangsa Maju.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Persiaran Kilang Adnan Abu Seman bakal menjalankan tanggungjawab bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

Ketika pengumuman calon Barisan Nasional di kawasan parlimwn Wilayah Persekutuan, Umno kekal dengan 6 kerusi di ikuti MCA dengan 4 kerusi.

Dalam pengumuman calon BN bagi kawasan parlimen Wilayah Persekutuan hari ini, Umno kekal bertanding di enam daripada 13 kerusi manakala MCA di empat kerusi.

Dalam pengumuman tersebut, dua menteri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula masing-masing akan bertanding di Titiwangsa dan Putrajaya.

Nama – nama lain yang diumumkan tadi ialah Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai) dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique (Setiawangsa). Kedua-duanya bekas menteri.

MCA meletakkan beberapa muka baru untuk PRU14 ini iaitu  Ketua Wanita Bahagian Cheras Heng Sinn Yee (Cheras), Ketua Wanita Bahagian Bukit Bintang Ann Tan Ean Ean (Bukit Bintang) dan Pembantu Setiausaha Bahagian Seputeh Chan Quin Er (Seputeh).

Dalam pada itu, Gerakan bertanding di dua kerusi, iaitu Batu (Penyelaras Parlimen Bahagian Kepong Ong Siang Liang) dan Batu (Naib Presiden Dominic Lau).

Calon bagi kerusi di Segambut pula ialah Naib Presiden MyPPP Datuk Dr Loga Bala Mohan dicalonkan di Segambut.

 

#jombn

#bersamabn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.