Penunjuk Perasaan Maut Kena Renjatan Elektrik

CARACAS – Lapan dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik dalam satu kejadian rompakan oleh penunjuk perasaan yang mengadakan protes besar-besaran terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro pada Jumaat.

Menurut Agensi, seorang ahli bomba yang tidak ingin dinamakan, kemalangan itu berlaku apabila sekumpulan perompak memecah masuk ke dalam sebuah kedai roti di kawasan El Valle di Caracas.

Namun, maklumat tersebut tidak dapat disahkan serta merta oleh pihak hospital atau pegawai terbabit yang lain.

Walau bagaimanapun, pejabat pendakwa raya kemudiannya berkata ia sedang menyiasat satu laporan yang berkata berlaku 11 kematian di El Valle, dimana beberapa kematian dipercayai disebabkan oleh renjatan elektrik.

Sembilan orang terbunuh dalam protes ganas selama tiga minggu di mana pihak polis dan pihak anti-kerajaan telah saling menyerang satu sama lain.

“Semalam, kira-kira pukul 9 atau 10 malam, keadaan di sini sangat menakutkan, sekumpulan perompak yang bersenjata datang dan mula merompak,” kata Hane Mustafa, pemilik sebuah pasaraya di El Valle, lapor Awani.

Berpuluh-puluh kedai di kawasan itu turut menunjukkan tanda-tanda dirompak, seperti rak-rak kosong dan tingkap yang telah dipecahkan.

Kementerian Penerangan tidak memberikan jawapan apabila ditanya mengenai butiran kejadian.

Kerajaan Maduro setakat ini, tidak mengendahkan protes tersebut, yang dikatakan protes yang paling serius dalam tempoh tiga tahun.

Penujuk perasaan membantah pemerintahan Maduro yang disifatkan seperti diktator.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.