Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam me­ngurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.

Pemban­dingkan harga barang dan per­khidmatan di 133 bandar raya seluruh dunia Kaji selidik dilakukan  Economist Intelligence Unit

“Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa pengiktirafan tersebut tidak bermakna usaha kita meringankan bebanan kos sara hidup sudah selesai,” katanya menerusi catatan blog najibrazak.com bertajuk Ucapan Perdana Menteri Mengenai Taraf Hidup Rakyat.

Beliau berkata, isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha membawa Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

“Banyak usaha yang telah kita lakukan bagi memastikan rakyat kurang dibebani kos sara hidup.

Antaranya, kawalan harga oleh pihak berkuasa, pembahagian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), usaha perangi orang tengah dan sebagainya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan rak­yat dengan melaksanakan pelbagai program latihan dan pendidikan menerusi Tekun Nasional, Tranformasi Kedai Runcit (Tukar), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Skim Permulaan Ekonomi Bumiputera (Superb), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dana Usahawan Muda, e-Reseki dan Dana Mudahcara.

Dari segi pengawalan kos pula, Najib berkata, kerajaan akan meneruskan program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia), Klinik 1Malaysia dan Baucar Buku 1Malaysia.

Setelah banyak usaha yang dilakukan PM berharap program-program tersebut dapat tingkatkan taraf hidup rakyat .