Bukan Gambar Zairil Dan Dyana, Tapi Pelakon Filipina?

Episod kisah gambar intim menyerupai Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan Dyana Sofya yang tersebar meluas di media sosial tentu akan berakhir sekiranya tuan tubuh membuat laporan polis.

Malangnya setakat ini tiada laporan dibuat untuk membersihkan nama mereka. Lebih malang apabila UMNO pula dituduh sebagai dalang kepada penyebaran gambar berkenaan dengan alasan untuk menjatuhkan maruah mereka.

Dan tiap kali gambar-gambar kontroversi dan memalukan yang menimpa pemimpin pembangkang, maka mereka akan menuding jari kepada UMNO.

Tuduhan itu sudah tersebar melalui media sosial. Ada yang mendakwa gambar berkenaan adalah gambar pelakon Filipina iaitu Jericho Gonzales dan Issabel Magdalena, bukannya Zairil dan Dyana.

Sepatutnya Zairil atau Dyana sendiri yang membuat laporan polis kerana mengikut kata Dyana, ini adalah kali ketiga serangan dilakukan ke atasnya.

“Ini adalah serangan peribadi yang ketiga dalam tempoh dua bulan terhadap saya.

“Saya anggap pilihan raya umum sudah sangat hampir. Tidak kiralah siapa yang ada dalam gambar atau video yang mereka dakwa itu saya, ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu itu,” katanya dalam satu kenyataan menerusi media sosial.

Kalau dah betul satu serangan, hentikanlah serangan itu dengan mengadu kepada pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.