Pemilik Trak, Bas Kini Dapat Jimat Kos Penyelenggaraan

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

PETALING JAYA – Pemilik trak dan bas boleh menaik taraf kenderaan dengan enjin lebih baharu daripada minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO) yang diperkenalkan SHELL Malaysia (Shell) yang juga mampu membantu penjimatan kos penyelenggaraan.

 

Penggunaan HDDEO sintetik penuh itu mampu mengoptimumkan kecekapan minyak, prestasi dan kebolehpercayaan kenderaan.

 

Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Leslie Ng berkata, minyak tersebut juga memberikan perlindungan dalam segala keadaan cuaca, memanjangkan jangka hayat enjin dan mengurangkan penggunaan minyak.

 

“Portfolio Shell Rimula baharu dipertingkatkan sekali lagi bagi mencerminkan pelaburan Shell dalam penyelidikan dan pembangunan produk. Produk pelincir canggih dengan manfaat sebenar terutamanya syarikat perniagaan yang terlibat dalam persekitaran ekonomi semakin mencabar.

 

“Inovasi baharu Shell membolehkan Rimula R6 LM menawarkan perlindungan sehingga 53 peratus lebih baik daripada kehausan enjin dan enapan, terutama sekali kehausan aci serta mengurangkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus,” katanya ketika pelancaran produk baharu, Rimula R6 LM, semalam.

 

Sehubungan itu, Shell terus mengukuhkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran dan produk serba baharu sintetik penuh tersebut dipertingkatkan dengan reka bentuk pembungkusan lebih segar.

 

Leslie berkata, dengan formula produk Shell Rimula R6 LM baru dengan Teknologi Dynamic Protection Plus, yang dicipta khas dan selamat digunakan itu dilancarkan tepat pada masanya kerana semakin banyak minyak diesel spesifikasi Euro 5 berkualiti tinggi boleh didapati di Malaysia.

 

Katanya, tiada syarikat minyak dan gas lain berani melabur dalam penyelidikan dan pembangunan seperti dilakukan Shell.

 

“Setahun kami pelaburan sebanyak USD1.3 bilion bagi pembangunan pelbagai produk kami. Malah, dengan teknologi gas kepada cecair (GTL) Shell membolehkan kami menjadi syarikat pertama melancarkan minyak enjin kereta penumpang dan minyak enjin motosikal yang diperbuat daripada gas asli,” katanya.

 

Selain itu, untuk maklumat lanjut pengguna boleh merujuk tentang produk Shell Rimula terkini, dengan melawati di laman www.shell.com.my/rimula.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.