Warga Asing Gantung Diri Di Johor

Orang ramai sekitar Parit Raja, Johor berhampiran dengan Hotel Pintar terkejut awal pagi tadi apabila menemui sekujur mayat tergantung di pokok berhampiran kawasan tersebut.

 

Kejadian itu disedari orang ramai ketika melalui kawasan tersebut apabila ternampak seseorang dengan kaki terjuntai dengan tali terjerut ditengkuk.

 

Menurut sumber, berdasarkan pemerhatiannya mayat lelaki tersebut bukan warga tempatan dan beliau mengatakan wajah lelaki itu seperti warganegara Nepal.

 

Pihak bomba yang dihubungi telah bergegas ke tempat kejadian dan telah berjaya menurunkan mayat tersebut.

 

Pihak polis masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan ia kes bunuh diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.