Video: Rakaman Pelajar Perempuan Hisap Rokok Tersebar

Kuala Lumpur – Satu rakaman yang memaparkan seorang pelajar sekolah menengah sedang menghisap rokok tersebar di laman media sosial.

 

Rakaman yang dimuat naik pada 19 April lalu itu, menunjukkan gadis tersebut menghisap sambil berbual-bual dengan rakan sekolahnya.

 

 

Gadis tersebut turut dilihat menyembunyikan putung rokoknya bagi mengelakkan aksinya dihidu oleh rakan-rakan yang lain.

 

Walau bagaimanapun SuaraTV tidak dapat memastikan bila dan dimana aksi ini dirakamkan.

 

Melalui rakaman yang berdurasi 0:33 saat itu, pelajar tersebut dilihat berada di dalam sebuah bas dan dipercayai dalam perjalanan pulang dari sekolah.

 

Sementara itu, tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan tersebut sambil menggesa agar Kementerian Pendidikan segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

 

Berikut adalah antara komen berhubung aksi tersebut:

 

Nyi Blorong: Isap dgn bangga…klu adk aku aku bg pnmpar dgn slipar aku dh….

 

Haezi Es: isap rokok x pndai lagi nk mnunjuk..gi blajar care isap rokok gn betol la jilake haha

 

Perindu Sepi: rosak akhlak…anak siapalaah ini?..kesian pd emak bapak dia…..

 

Mohamad Abdul Kadar: Trand Laki dok depan, prempuan dok blakang plak skrg ni dlm bus.. Zaman da berubah..

 

Nur Maisarahalias: Eleh . Ni acah2 je . sedut kumpul kat mulut pastu hembus . Nak tunjuk kat membe dia yg dia hero la tu . Budak2 . Biase la ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.