Video: Penumpang Kereta Api Diganggu Hantu Kanak-Kanak

PERASAAN takut menyelubungi sekumpulan penumpang apabila hantu seorang kanak-kanak perempuan yang sangat menyeramkan muncul secara tiba-tiba lalu menjerit sekuat hati semasa mereka berada di dalam kereta api bawah tanah di Brazil.

 

Rakaman video menunjukkan perasaan gelisah penumpang bermula apabila lampu kereta api tersebut berkelip-kelip secara tidak menentu.

 

Beberapa minit kemudian, lampu kereta api tersebut padam serta-merta dan apabila lampu kembali menyala, penampakan kelibat seorang kanak-kanak perempuan yang menyeramkan.

 

Kanak-kanak perempuan yang menyeramkan tersebut menyerupai satu watak yang dirasuk iaitu Linda Blair di dalam filem ‘The Exorcist’.

 

Rakaman video itu turut menunjukkan kesemua penumpang cuba melepaskan diri dengan membuka pintu kereta api namun tidak berjaya apabila hantu kanak-kanak tersebut mula menjerit sekuat hati.

 

Selepas beberapa saat kemudian, kesemua penumpang lari bertempiaran menyelamatkan diri sejurus pintu kereta api dibuka namun masih dikejar oleh hantu kanak-kanak tersebut.

 

Rakaman video berdurasi tujuh minit itu dimuatnaik ke satu laman sosial, Youtube pada 19 April dan menjadi ‘viral’ dengan lebih 33,600 tontonan.

 

Gurauan ‘prank’ tersebut mempunyai jalan cerita sama seperti satu rakaman video yang dimuat oleh seorang warga Brazil, Silvio Santos yang memaparkan penumpang kereta api menjerit ketakutan apabila diserang oleh sekumpulan zombi. – Mstar

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.