Video: Mahathir Ungkit Kisah Lama, Rani Kulop Mahu Jadi Orang Tengah

Kuala Lumpur – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) mendakwa serangan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mengungkit kisah lama telah menimbul konflik masyarakat.

 

Menurut Rani ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi, kedua-dua pemimpin itu merupakan ikon yang disayanggi oleh rakyat, namun disebabkan konflik tersebut telah menyebabkan masyarakat menjadi serba salah.

 

 

“Rakyat Malaysia rasa serba salah, kerana kami sayang dengan Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib namun (konflik ini) buat rakyat tersepit ditengah-tengah.

 

“(Konflik ini) disebabkan (Mahathir) mengungkit isu-isu yang lampau antaranya Altantuya dan macam-macam lagi” ujarnya kepada SuaraTV.

 

Beliau turut NGO (badan bukan kerajaan) yang dipimpinnya bersedia untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan antara dua tokoh ini.

 

“Kami bersedia menjadi orang tengah pada bila-bila masa, tak jadi masalah (kerana) ini perkara yang kita (MJMM) boleh buat bukan boleh jadi apa pun.

 

“Dimana pun tempat yang nak diadakan, tak ada masalah (asal) perkara ini dapat diselesaikan supata rakyat boleh hidup aman” katanya lagi.

 

Menurut Abdul Rani pihaknya akan mengutus surat rasmi untuk berjumpa dengan kedua-duanya bagi mencari titik punca masalah yang berlaku.

 

Abdul turut memberi amaran terhadap mana-mana pertubuhan NGO dan individu lain agar tidak mengambil kesempatan terhadap isu ini.

 

“Saya memberi amaran keras kepada individu, kumpulan, NGO dan pertubuhan yang cuba nak memecah-belahkan (dengan) menghasut dan menghina kedua-dua pemimpin ini.

 

“Kami akan membuat laporan polis terhadap mereka, setuju?” soalnya sambil disahut oleh ahli-ahli MJMM yang bersetuju dengan saranan tersebut.

 

Terdahulu Abdul Rani telah membuat satu laporan polis terhadap individu-individu  yang mengeluarkan status fitnah berhubung kematainnya di laman media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.