Video: Abdul Rani Kecewa, Parpukari Sebar Fitnah Dirinya Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Kecewa dengan tindakan bertanggungjawab individu yang mendakwa dirinya telah meninggal dunia, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulop Abdullah hari ini kembali membuat satu lagi laporan polis mengenainya.

 

Abdul Rani dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu berkata kecewa dengan fitnah yang disebarkan terhadap dirinya itu.

 

 

“Kepada yang mengenali diri saya tertanya-tanya mengenai berita meninggal dunia itu dan ini merupakan fitnah yang sangat berat terhadap diri saya.

 

“Kalau setakat mereka nak mengutuk dan menghina saya di laman sesawang Facebook saya boleh terima (kerana) saya sedikit pun tak kisah tapi saya sedih dengan (penyebaran) berita mengenai kematian saya sedangkan saya masih hidup dan sihat lagi” ujarnya kepada pemberita sejurus selepas membuat satu laporan di balai polis Dang Wangi pagi tadi.

 

Menurut Rani disebabkan penyebaran laporan palsu itu, beliau telah dihujani dengan panggilan telefon bagi mendapatkan kepastian berhubung.

 

“Disebabkan berita tersebut saya terpaksa menjawab panggilan telefon bermula dari pukul 4.00 pagi hingga ke 2.00 petang.

 

“Jadi saya menggesa PDRM dan SKMM segera melakukan siasatan terhadap akaun Facebook Parpukari dan bawa dia ke muka pengadilan” ujarnya lagi.

 

Menurutnya lagi sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil berhubung laporan polis itu, pihaknya akan menghantar satu memorandum dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman berhubung perkara tersebut.

 

Pengendali Facebook Parpukari sebelum ini memuatnaik status yang mendakwa Abdul Rani telah meninggal dunia.

 

“Assalamualaikum . Daripada Allah kita datang kepadanya Kita Kembali. Al – Fatihah. Dimaklumkan bahawa Ayahnda Abdul Rani Bin Kulop selaku Pengerusi MJMM telah kembali ke rahmatullah pada jam 1220 tgh malam di Hospital Kuala Lumpur.

 

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disemadikan esok selepas solat zohor. Diminta semua ahli berbaiah hadir bagi memberi penghormatan terakhir. Semoga rohnya dicucuri rahmat” tulisnya pada pagi Selasa lalu sambil meminta pengesahan mengenai perkara itu.

 

Status itu kemudianya turut dikongsikan oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Salim Iskandar, Siti Rahmah dan Aizley Shahar.

 

Tidak lama selepas itu, pengendali laman tersebut telah memuatnaikkan satu lagi status bagi menafikan mengenai berita kematian tersebut.

 

Sementara itu Abdul Rani di dalam laporan yang sama turut menggesa agar satu siasatan dijalankan terhadap blogger seks, Alvin Tan yang di dakwa menghina Islam kerana melaungkan azan sambil bermain muzik.

 

Menurut Rani tidakan itu boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat terhadap Islam.

 

 

report polis parpukari

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.