Petisyen Desak KWSP Batalkan Cadangan Lanjut Had Umur

Kuala Lumpur – Satu petisyen diwujudkan sebagai mendesak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membatalkan cadangan melanjutkan had umur pengeluaran simpanan persaraan daripada 55 kepada 60 tahun.

 

Petisyen yang dibuat individu yang menggunakan identiti ‘Bantah KWSP’ itu telah dilancarkan bermula 8 April lalu turut menegaskan alasan KWSP untuk melanjutkan had pengeluaran umur kepada 60 tahun adalah tidak pratikal dan berniat jahat.

 

Sehingga kini, seramai 2,042 penyokong telah menandatangi petisyen tersebut dengan sasaran sebenar adalah sebanyak 2,500 tandatangan.

 

Petisyen tersebut yang dibuat naik di laman sesawang change.org itu antara lain menyatakan adalah menjadi hak pencarum terhadap sebarang penggunaan atau kawalan dana tersebut apabila pencarum mencapai umur persaraan.

 

“Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pencarum KWSP untuk membantah cadangan ini dikemukakan apatah lagi dilaksanakan,” tulis kenyataan tersebut.

 

Terdahulu, KWSP merancang untuk menetapkan had umur pengeluaran simpanan KWSP kepada 60 tahun selaras dengan lanjutan had umur persaraan yang ditetapkan kerajaan sebelum ini iaitu daripada 55 tahun kepada 60 tahun.

 

Bagaimanapun, cadangan tersebut dilihat mengundang reaksi negatif dari pelbagai pihak yang membantah cadangan tersebut.

 

Sementara itu memetik kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman dalam satu laporan akhbar hari ini sebagai berkata, statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan secara purata kira-kira 20,000 rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 50 hingga 59 tahun meninggal dunia setiap tahun.

3 thoughts on “Petisyen Desak KWSP Batalkan Cadangan Lanjut Had Umur

  • April 22, 2015 at 6:01 pm
    Permalink

    Kekal pengeluaran simpanan persaraan pd umur 55thn

    Reply
  • April 23, 2015 at 1:36 am
    Permalink

    Kekalkan had umur 55 tahun….kluarkn kwsp.

    Reply
  • April 23, 2015 at 10:51 am
    Permalink

    Bantah habisan KWSP keluar umur 60 tahun..kekal seperti biasa….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.