Jubah ‘Terlajak Jarang’, Aliff Syukri Mohon Maaf

Kuala Lumpur – Pengasas produk kesihatan, Datuk Aliff Syukri memohon maaf selepas fotonya yang sedang memakai jubah dan dianggap jarang, tersebar di laman sosial Facebook.

 

Aliff yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ itu bertindak memadam foto yang mendedahkan bahagian bawah tubuhnya itu selepas menyedari ia dikutuk pelayar laman sosial.

 

Selepas memadam foto di akaun Instagram (IG) dan Facebook (FB), Aliff segera memohon maaf kepada para pengikutnya.

 

Melalui satu perkongsian di laman Facebook bertarikh 17 April, Aliff Syukri memberitahu bahawa perkara tersebut terjadi kerana kesan pencahayaan.

 

“Maafkan kekhilafan sebentar tadi. Saya memang tak perasan gambar yang diupload sebab terlalu sibuk.

 

“Gambar terlanjur tadi kelihatan seperti itu tadi kerana pencahayaan…,” jelas beliau.

 

Sebelum ini, foto yang digelar ‘jubah terlajak jarang’ tersebut tersebar dan menarik perhatian beribu-ribu pelayar laman sosial kerana terlalu jarang hingga menampakkan pakaian dalam.

 

Dia turut mengaku cuai kerana terlalu ghairah untuk mengemaskini IGnya, walaupun sedang sibuk ketika itu.

 

“Maafkan kekhilafan sebentar tadi..saya memang tak perasan gambar yang di upload sebab terlalu busy saya main update sahaja..Gambar terlanjur tadi kelihatan seperti itu kerana pencahayaan harap semua tidak memperbesarkan perkara ini..”

 

Memohon agar perkara tersebut tidak diperbesarkan, Aliff turut memuat naik sekeping foto lain yang lebih sopan, bersama permohonan maafnya itu.

 

Para pengikut di IG dan FB menyambut baik huluran maaf dari Aliff disamping berpesan supaya usahawan berjaya itu lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.