Michael Anak Garing Dari Sarawak Dihukum Gantung Di Singapura

SINGAPURA – Pelaksanaan hukuman mati ke atas rakyat Malaysia, Michael anak Garing telah dijalankan di Penjara Changi pagi ini, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura hari ini.

Michael warga Sarawak, disabitkan atas kesalahan membunuh pada 2015 oleh mahkamah tinggi republik ini dan sabitan itu disahkan oleh mahkamah rayuan pada 2017.

“Jenazahnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Sibu esok sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kapit.

“Kami sedang membantu anggota keluarga Michael yang berada di sini,” kata jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Bernama.

Adalah difahamkan Michael telah memeluk Islam ketika di penjara dan memilih nama Muhammad Arif Sufi sebagai nama Islamnya.

Pada 20 Mac, ibu bapa Michael, Ensiring anak Garman dan Garing anak Kanyan telah mengemukakan petisyen rayuan kepada Presiden Singapura agar nyawa anak mereka diselamatkan dan hukuman itu digantikan dengan penjara seumur hidup.

“Saya masih tidak mahu percaya walaupun diberitahu hukuman sudah dijalankan,” kata seorang daripada anggota keluarga Michael, ketika dihubungi.

Menurut beliau, ibu bapa Michael terlalu sedih dengan kematian anak mereka.

Michael, yang ketika itu berusia 21 tahun, seorang daripada anggota geng rompakan di Jalan Kallang pada Mei 2010 yang menyebabkan kematian seorang pekerja binaan, Shanmuganathan Dilludurai.

Tiga yang lain cedera parah.

Seorang lagi tertuduh, Tony Imba, dipenjara seumur hidup dan 24 sebatan manakala Hairee Landak, yang dijatuhi hukuman pada 2013, diarah menjalani hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan.

Donny Meluda, yang melarikan diri selama lebih enam tahun, dijatuhi hukuman sama pada 2018. – BERNAMA

One thought on “Michael Anak Garing Dari Sarawak Dihukum Gantung Di Singapura

  • March 22, 2019 at 8:33 pm
    Permalink

    Alfatihah buat allahyarham muhammad arif sufi semoga diampuni dosa2 dan ditempatkan kalangan org2 beriman

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.